Bersatu beri amaran ambil tindakan undang-undang jika SPRM gagal jalankan tugas

BANGI, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tiada sebarang maklumbalas lanjut berhubung aduan rasuah yang telah dikemukakan oleh salah seorang ahlinya.

Peguam parti, Hanif Khatri berkata, suspek yang didakwa telah memberi ‘dedak’ kepada Ketua Srikandi Perlis, Baridah Che Nayan itu, telah menyalurkan sebahagian wang ke dalam akaun Baridah, manakala sebahagian lagi diserahkan kepada Baridah sendiri.

Pemberi dedak itu, katanya, telah ditangkap dalam satu operasi khas di Putrajaya oleh pegawai SPRM sendiri di tempat kejadian selepas menyerahkan wang tunai sebanyak RM5000 kepada Baridah.

Bagaimanapun, Haniff berkata, sehingga kini, tiada pengesahan tangkapan dibuat oleh pihak SPRM.

“Malah suspek pula bebas begitu saja setelah melakukan rasuah dan boleh pula berdemo dihadapan Pejabat ROS semalam.

“Mengapakah kes ini tidak didedahkan, bagaimanakah suspek masih bebas di jalanan membuat demonstrasi, bagaimanakah sampai sekarang kita tidak diberitahu apa yang sedang berlaku? “ soal Haniff dalam satu sidang media, hari ini.

Malah, beliau berkata, pengadu telah hadir ke pejabat SPRM sebanyak 3 kali, iaitu pertama kali di Putrajaya, seterusnya pada 6 Februari dan 8 Februari di pejabat SPRM Shah Alam. Setiausaha negeri telah memberi keterangan pada 8 Februari di Shah Alam.

“Akhir sekali Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahrudin sendiri telah menunjukan keahlian jawatan yang dipegang oleh pengadu dan juga maklumat suspek sebagai bekas ahli PPBM.

“Kenapa SPRM berdiam diri. Kenapa orang awam sampai tertanya-tanya. Saya juga ingin sahkan pada jam 2.30 petang tadi, pejabat kami telah menghantar notis terakhir tuntutan kepada pejabat SPRM.

“Rentetan peristiwa mengenai aduan dan kerjasama PBBM telah dinyatakan dalam surat itu. Dalam surat itu kami memberi 7 hari kepada SPRM untuk memberi maklumbalas kepada orang awam dan pengadu mengenai kedudukan kes ini.

“Jika gagal, segala tindakan undang-undang yang dibenarkan di sisi undang akan diambil oleh PPBM, termasuk dan tidak terhad kepada salah laku jawatan mereka yang terlibat dalam kes ini. Saya sarankan kepada ketua pesuruhjaya mengambil serius perkara ini,” tegasnya.

The post Bersatu beri amaran ambil tindakan undang-undang jika SPRM gagal jalankan tugas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian