ismakualaterengganu

Bersatu lancar tabung derma realisasi cita-cita jadi kerajaan baharu

    PETALING JAYA, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini melancarkan tabung derma bagi membantu...

 

 

PETALING JAYA, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini melancarkan tabung derma bagi membantu gerak kerja parti menjadi kerajaan baharu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ianya salah satu inisiatif bagi memastikan cita-cita menggantikan BN tercapai.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk parti itu memohon sokongan dan kerjasama masyarakat.

“Tabung Derma itu diwujudkan bertujuan membantu gerak kerja parti yang sedang dan terus dilakukan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat dan penyertaan masyarakat umum bagi menjayakan impian menjadi kerajaan baharu terlaksana.

“Kita amat menghargai segala sumbangan yang diberikan. Diharapkan dengan sumbangan itu Bersatu dapat bergerak dengan lebih berkesan,” katanya.

Pelancaran itu disempurnakan oleh beliu pada sidang media di ibu pejabat Bersatu, sebentar tadi.

The post Bersatu lancar tabung derma realisasi cita-cita jadi kerajaan baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5420179622723366209

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item