Cuaca buruk: Enam penerbangan terpaksa dilencongkan

BANGI, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Enam penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa dilencongkan ke dua lapangan terbang lain berikutan cuaca buruk petang tadi.

Pegawai Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, lima penerbangan yang dijangka tiba di KLIA pada 6 petang dan seterusnya, terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Ia berikutan ribut petir dan hujan lebat yang menjejaskan beberapa bahagian Lembah Klang sejak petang tadi.

Lima penerbangan itu adalah dari Kota Bharu, London, Yangon, Hong Kong dan Kathmandu.

Sementara, penerbangan dari Bangkok yang sepatutnya mendarat di KLIA turut dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

The post Cuaca buruk: Enam penerbangan terpaksa dilencongkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian