ismakualaterengganu

DAP tak jadi beri kerusi Ayer Hitam kepada PAN

BANGI, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Isu perebutan dan pembahagian kerusi gabungan pembangkang Pakatan Harapan, dilihat tidak berkesudahan ...

BANGI, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Isu perebutan dan pembahagian kerusi gabungan pembangkang Pakatan Harapan, dilihat tidak berkesudahan apabila pelbagai pertikaian timbul sejak kebelakangan ini.

Terkini, parti rasis dan cauvinis DAP menarik balik kerusi Parlimen Ayer Hitam, yang sebelum ini ditawarkan kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, partinya itu memutuskan untuk bertanding di kawasan berkenaan dan memberikan alasan gagal mendapatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam rundingan PH, punca DAP menarik semula tawaran itu.


“Kita mahu meletakkan calon PAN sebab mereka cuma ada dua kerusi parlimen di Johor.

“Tapi sebab PAN dapat 12 kerusi DUN yang boleh dianggap agak banyak. Sebab DAP tak dapat tambahan kerusi DUN, jadi kita minta semula Ayer Hitam,” katanya seperti dilapor portal pro UMNO, semalam.

Sehingga kini, PAN mahupun pimpinan Pakatan Harapan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan DAP itu.

The post DAP tak jadi beri kerusi Ayer Hitam kepada PAN appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3068248453012544749

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item