ismakualaterengganu

Dua lelaki warga Amerika sebar dakyah Kristian sekitar Petaling Jaya

BANGI, 1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Usaha penyebaran agama Kristian masih giat dilakukan, buktinya beberapa lelaki berkulit putih didapat...

BANGI, 1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Usaha penyebaran agama Kristian masih giat dilakukan, buktinya beberapa lelaki berkulit putih didapati berlegar di dalam tren LRT sambil membawa kitab Bible, lapor portal Menara.my.

Menerusi status Facebook orang awam, Zikri Zainudin, dua lelaki itu dipercayai warga Amerika Syarikat.

Katanya, mereka membawa bersama kitab Bible dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Cina dan Indonesia ketika menjalankan aktiviti penyebaran dakyah Kristianisasi mereka.

“Ini bukan kali pertama, kalau naik LRT biasa mereka turun di Stesen Taman Jaya. Tidak pasti ada International School atau sekolah mubaligh di kawasan sekitar.

“Antara perbualan yang dapat didengar, adakah anda percaya pada Jesus Christ dan di akhir perbualan mereka akan minta nombor telefon, mungkin untuk follow up,” katanya.

Berdasarkan komen netizen yang turut menceritakan pengalaman sama, Mimi Mizisya mengakui Petaling Jaya sememangnya menjadi lubuk kepada aktiviti Kristianisasi.

Katanya, pendakyah ini melakukan aktiviti mereka dalam LRT dan bas.

“Mereka turun di LRT Taman Jaya, lepas tu jalan-jalan sekitar Petaling Jaya pula. Petaling Jaya tempat Kristianisasi. Tengok la berapa banyak gereja di PJ. Mereka ni kalau lalu sebelah kita dia akan senyum mesra dan tegur hai kalau yang perempuan,” katanya.

The post Dua lelaki warga Amerika sebar dakyah Kristian sekitar Petaling Jaya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3876041211044714792

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item