Empat individu cedera pesawat ringan tergelincir di Tioman

KUANTAN, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Empat individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk cedera selepas sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Tekek, Pulau Tioman, Rompin hari ini.

Pesawat yang membawa Datuk Anuar Hassan, 48, isterinya, Datin Siti Norlaila Abu Bakar, 46; pembantu peribadi, Muhammad Abdul A’lim Salleh, 28, serta juruterbang, Wan Mohd Faizul Rizal, 35, dipercayai tergelincir disebabkan hilang kawalan akibat angin lintang.

Bagaimanapun, kesemua individu berkenaan dilaporkan selamat, dan hanya cedera ringan serta lebam akibat terhantuk.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitenden Azli Mohd Noor berkata, pesawat jenis Cirrus 9M-ZWR itu berlepas dari Lapangan Terbang Senai, Johor untuk ke Pulau Tioman.

“Sebaik ingin mendarat, pesawat berkenaan gagal dikawal akibat angin lintang, menyebabkannya tergelincir dari landasan.

“Kita difahamkan kelajuan angin ketika kejadian adalah kira-kira 10 knot,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Azli berkata, pesawat ringan itu adalah milik Anuar dan mereka ke Pulau Tioman untuk urusan perniagaan.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini,” katanya.

The post Empat individu cedera pesawat ringan tergelincir di Tioman appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian