Empat sekeluarga maut kereta bertembung lori

SABAK BERNAM, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Klang – Teluk Intan, di Air Manis, Sabak Bernam tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Abd Rahim Abd Ghani, 61, isterinya Siti Fatimah Amat, 55, dan anak mereka Munira Abd. Rahim, 30, maut di tempat kejadian.

Sementara itu, bayi lelaki Aniq Anaqi Mohd Fazzli, anak kepada Munira, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Nor Azmi Isa berkata dalam kejadian 12 tengah hari di kilometer 43 jalan berkenaan, kenderaan jenis Perodua Kancil yang dinaiki keempat-empat mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pelanggaran secara berdepan dengan sebuah lori.

“Mangsa dipercayai dari arah Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar manakala lori pula dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.04 tengah hari, dan  tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan alat pemotong hidrolik kerana keadaan kereta yang remuk dan teruk,” katanya. -Bernama

The post Empat sekeluarga maut kereta bertembung lori appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian