ismakualaterengganu

Formula ABCDE dalam mewujudkan Sinergi Rumahtangga

BANGI, 11 Feb – Apabila berkahwin, bermakna harus ada kerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni. Jadi semasa...

BANGI, 11 Feb – Apabila berkahwin, bermakna harus ada kerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni. Jadi semasa program Kami Suami Isteri Hebat (KASIH 2018) anjuran Biro Keluarga & Masyarakat (BKM) dan Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat, panelis jemputan Dr. Hisham Sharif menegaskan terdapat lima formula bagi mewujudkan sinergi dalam perkahwinan.

Ujarnya formula A, B, C, D dan E harus diaplikasikan oleh suami dan isteri. A bermaksud agenda yang bermakna dalam rumahtangga, suami wajib menentukan agenda dan arah yang ingin dibawa dalam rumah tangga.

“Suami menetapkan  anak-anak mahu menjadi apa, contohnya, mahukan si anak sulung bersekolah di sekolah agama dan mampu menghabiskan 30 juz al-Quran dan menguasai bahasa arab dengan baik. Manakala si isteri tentukan mahu bina kekuatan diri yang bagaimana,” katanya yang berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Seterusnya B yang merujuk kepada bantu. Suami isteri mesti hidup saling bantu-membantu. Bagi isteri jangan harap yang suami akan beri macam-macam tetapi menjadikan rumahtangga sebagai satu medan untuk memberi terlebih dahulu.

Kemudian C, iaitu cermat yang merujuk kepada ketelitian dalam rumahtangga. Kata Dr. Hisham, suami seharusnya teliti dengan isu-isu yang melibatkan dalam dan luar rumah seperti masalah anak-anak dan isteri si isteri pula teliti dalam hal-hal melibatkan seni rumahtangga seperti ketelitian dalam memasak, memikirkan bekal makanan kepada anak, waktu tidur anak, bahkan perihal pendidikan al-Quran.

“Keempat adalah D iaitu derma yang merujuk kepada keadaan suami dan isteri yang kena banyak memberi dalam bentuk masa, tenaga. Jangan terlalu berkira-kira dengan masa terutama dalam membantu isteri dalam menguruskan rumah,” katanya yang banyak menulis buku berkenaan rumahtangga dan pendidikan anak-anak.

Akhir sekali iaitu E, Dr. Hisham menyeru kepada peserta untuk bersifat empati yang bermaksud melihat dunia dari kacamata pasangan.

“Maksudnya, jika suami mempunyai sifat memahami, dia akan lebih bersikap bertimbang rasa dalam pelbagai hal, manakala si isteri jika lihat kesusahan suami dalam mencari sesuap nasi, pasti akan bersyukur,’ katanya yang mempunyai lima orang cahayamata.

 

Nursabihah Mohtar

Wartawan Isma DHL

Sumber

Related

TERKINI 6034991538706060693

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item