Gevora hotel tertinggi dunia dibuka hari ini
DUBAI, 26 Jamadilawal 1439H, Isnin – Dengan ketinggian 356 meter, Hotel Gevora menjadi hotel tunggal tertinggi di dunia dan akan mula dibuka kepada orang ramai hari ini.
Sedikit sahaja melepasi hotel tertinggi dunia sebelum ini, JW Marriott Marquis – 355 meter (1,165 kaki) dengan 77 tingkat – Hotel Gevora yang mempunyai 528 bilik terletak di Jalan 101 Sheikh Zayed, bersebelahan dengan bangunan Rose Rayhaan setinggi 333 meter.
Dengan bangunan tertinggi dunia Burj Khalifa (2,717 kaki), Dubai kini boleh berbangga menjadi destinasi mereka yang mahu merasai bermalam di bilik mewah paling tinggi di dunia.
Hotel Gevora berwarna keemasan dengan 75 tingkat hotel (1,167 kaki), turut menempatkan empat restoran, kolam renang terbuka dan spa mewah di tingkat 71. – Agensi
The post Gevora hotel tertinggi dunia dibuka hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan