ismakualaterengganu

GST selamatkan negara daripada ketidaktentuan ekonomi

KUALA PILAH, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan menyelamatkan negara daripada ket...

KUALA PILAH, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan menyelamatkan negara daripada ketidaktentuan ekonomi, kata Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau berkata, belajar daripada pengalaman pada 2014 iaitu kejatuhan teruk harga minyak dunia, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memikirkan cara bagi mengurangkan impak kejatuhan harga itu terhadap negara dan memperkenalkan GST pada 1 April 2015.

“Bila harga minyak jatuh, Arab Saudi (antara) negara pengeluar minyak (utama) pun yang sebelum ini kerap menderma kepada negara-negara Islam terpaksa meminjam kepada bank dunia sebanyak USD10 bilion kerana kesan kejatuhan itu.

“Arab Saudi pun hairan dengan Malaysia kerana negara kita ia lihat seperti tiada kesan walaupun kita salah sebuah negara yang turut bergantung kepada sumber petroleum. Ini kerana perancangan yang telah kerajaan buat bagi mengurangkan impak terhadap rakyat,” katanya dalam ucapan pada majlis ramah mesra bersama masyarakat di sini, hari ini.

Turut hadir anggota Parlimen Kuala Pilah yang juga Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Seri Hasan Malek.

Lokman berkata, daya tahan negara dalam menempuh krisis harga minyak dunia pada tahun itu juga menarik minat Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menghantar penyelidik untuk mempelajari sistem yang dipraktikkan di negara ini.

“Sebab Arab Saudi dan UAE turut melaksanakan GST. Selain itu mereka juga turut melaksanakan bantuan tunai seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dibuat Barisan Nasional (BN),” katanya.

Lokman berkata bagi mengurangkan kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia, ia ditampung menerusi kutipan GST.

“Tahun 2016 negara mencatatkan kutipan GST sebanyak RM41 bilion dan RM44 bilion pada tahun lepas,” katanya. – Bernama

The post GST selamatkan negara daripada ketidaktentuan ekonomi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6620694538416451294

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item