Gunung berapi Sinabung tak sebar virus influenza ke Malaysia

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menafikan dakwaan kononnya letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia menyebabkan penyebaran virus influenza ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian itu memantau kualiti udara negara melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak gunung berkenaan meletus pada 19 Februari lepas sehingga kini.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa tahap kualiti udara di Malaysia masih baik dan sederhana, bahkan tidak langsung terjejas akibat letusan gunung berapi itu.

“Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) boleh dirujuk di http://apims.doe.gov.my/. Oleh demikian, tiada apa yang membuktikan khabar angin dan dakwaan bahawa letusan gunung berapi Sinabung menyebabkan kemerosotan kualiti udara di negara ini.

“Menurut data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bertarikh 19 Februari 2018, abu gunung berapi itu berada pada ketinggian 10,000 kaki dan bergerak ke arah timur,” katanya.

Wan Junaidi berkata, oleh kerana Malaysia masih dalam monsun Timur Laut yang kebanyakannya bertiup ke arah Sumatera, maka tidak mungkin abu gunung berapi Sinabung sampai ke negara ini.

The post Gunung berapi Sinabung tak sebar virus influenza ke Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian