‘Hampir PRU parti politik mula mahu jadi jaguh Melayu, Islam’

 

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Setiap kali menjelang pilihan raya, pemimpin-pemimpin parti politik mula turun padang meninjau kawasan dan menghulurkan bantuan, kononnya tanda komitmen mereka membela nasib rakyat.

Lebih menjengkelkan, ada yang mula bersuara melaungkan nasib bangsa Melayu dan umat Islam, sedangkan sebelum ini tidak dipedulikan langsung, kata Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

Timbalan Pengerusi GPS, Muhammad Farid Hussin berkata, fenomena ini pasti berlaku setiap kali musim pilihan raya di Malaysia.

Namun, katanya, pengundi boleh menilai sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan parti politik dalam memperjuangkan isu agama Islam dan Melayu.

“Kebanyakannya hanya sekadar janji palsu dan retorik kosong apabila tindakan dan polisi parti-parti politik ini adalah sebaliknya.

“Yang lebih teruk, ada parti yang bertindak di luar batas Perlembagaan dan mahu menghapuskan hak keistimewaan agama Islam dan hak-hak bangsa pribumi Melayu, tetapi menjelang pilihan raya, mereka mahu menjadi juara mempertahankan Islam dan Melayu.

“Adakah pemimpin seperti itu yang kita mahu untuk menang PRU14 dan memerintah negara?,” katanya kepada Ismaweb.

GPS adalah satu gerakan bebas yang ditubuhkan pada Oktober 2017 atas kesedaran bahawa rakyat memerlukan penunjuk arah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi. GPS mempunyai agenda untuk mengangkat calon muslim berwibawa dan layak bagi memenuhkan Dewan Rakyat.

Ketika ini GPS sedang menyiapkan rating dan video beberapa Ahli Parlimen sebagai panduan kepada rakyat mengenai pendirian mereka dalam isu-isu semasa dan hal ehwal Islam.

Justeru, Farid berkata, GPS menyeru semua pengundi, terutama orang Melayu supaya menggunakan kuasa yang diberikan untuk memilih parti dan individu yang benar-benar ikhlas.

“Ikhlas makna kata mereka sentiasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara. Bangsa Melayu kekal sebagai tonggak kekuatan dan ‘kingmaker’ di tanah air ini dan kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan, tanpa sama sekali menafikan hak kaum lain dan kebebasan mereka dalam beragama.

“Pada masa sama, rakyat mesti menolak sama sekali parti dan individu yang mempunyai kepentingan sendiri, yang lebih beriman dengan agenda pihak asing,” katanya.

The post ‘Hampir PRU parti politik mula mahu jadi jaguh Melayu, Islam’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian