Hempas anak umur 8 tahun, pijak anak umur 5 tahun

SEGAMAT, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun kira-kira jam 11 pagi tadi bagi membantu siasatan kes penderaan dua anaknya masing-masing berusia lapan dan lima tahun, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, lelaki itu dipercayai bertindak memukul anak perempuannya berusia lapan tahun sebelum menghempasnya ke lantai dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi semalam di rumah mereka di Segamat Baru di sini.

Beliau berkata, lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kemudian bertindak memijak anak lelakinya berusia lima tahun, manakala isterinya berusia 30-an yang berada di tempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa.

“Suspek kemudian menghantar kedua-dua anaknya untuk rawatan di Hospital Segamat, pihak hospital yang merawat mangsa curiga dengan kecederaan dialami kanak-kanak itu sebelum memaklumkan kejadian kepada polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis masih menunggu laporan perubatan kedua-dua mangsa dan pihaknya memandang serius kes itu kerana melibatkan penderaan fizikal serta mental terhadap kanak-kanak.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan lelaki itu ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini.

The post Hempas anak umur 8 tahun, pijak anak umur 5 tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian