ismakualaterengganu

Indahnya Islam lantik Dr Ahmad Sanusi sebagai Penasihat Syariah

BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Laman web, Indahnya Islam melantik Dr Ahmad Sanusi Azmi sebagai Penasihat Syariah sebagai usaha mema...

BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Laman web, Indahnya Islam melantik Dr Ahmad Sanusi Azmi sebagai Penasihat Syariah sebagai usaha memacu lebih jauh projek dakwah pada masa hadapan.

Indahnya Islam adalah sebuah laman yang informatif, membantu masyarakat dalam memahami isu semasa serta membina kerangka kefahaman tentang Islam.

Dr Ahmad Sanusi Azmi merupakan pakar dalam bidang hadis dan orientalis telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Hadis di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2004. Beliau kemudian mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Hadis di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2008.

Seterusnya beliau melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teologi di University of Birmingham, United Kingdom dan lulus dengan cemerlang pada tahun 2017.

Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan merupakan pengasas bersama Ulum Hadith Research Centre, Malaysia.

Beliau terlibat dalam penulisan lebih 15 buah buku dan 25 buah jurnal serta telah menjadi pembentang dalam seminar dalam negara serta antarabangsa sebanyak 27 kali.

Pelantikan Dr Ahmad Sanusi sebagai Penasihat Syariah merupakan komitmen Indahnya Islam untuk terus bergerak maju menyediakan sebuah platform yang membawa masyarakat bersama merasai keindahan Islam melalui pengamalan Islam secara menyeluruh.

 

The post Indahnya Islam lantik Dr Ahmad Sanusi sebagai Penasihat Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2801994763104806903

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item