Isu tanah Ijok: Tiada serbuan di Pejabat Menteri Besar Selangor

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan pihaknya melakukan serbuan ke atas Pejabat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, suruhanjaya itu hanya pergi ke lima syarikat termasuk sebuah firma guaman bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah di Ijok, Kuala Selangor.

“Saya pun tidak tahu dari mana sumber berita dikeluarkan. Sebenarnya tiada serbuan dibuat di pejabat menteri besar ataupun di pejabat-pejabat kerajaan.

“Berdasarkan maklumat baharu yang kita terima, pihak SPRM telah pergi ke lima syarikat termasuk satu firma guaman dan menyita dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan. Itu tindakan yang kita ambil setakat ini. Jadi mengenai serbuan di pejabat menteri besar itu semua adalah berita palsu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dzulkifli hadir ke mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, pasukan penyiasat SPRM sedang meneliti dokumen yang disita dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sebelum ini, dilaporkan timbul persoalan berhubung tindakan kerajaan negeri Selangor menyerahkan kembali tanah di mukim Ijok kepada dua syarikat pemaju yang kemudiannya menjual tanah itu kepada pihak ketiga mengikut harga pasaran berjumlah RM1.18 bilion sedangkan pampasan diterima peneroka hanya kira-kira RM420 juta.- Bernama

The post Isu tanah Ijok: Tiada serbuan di Pejabat Menteri Besar Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian