Jakim bantu IKS Bumiputera dapat sijil halal

PASIR PUTEH, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meningkatkan kerjasama dengan majlis agama Islam negeri bagi membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) mendapatkan Sijil Halal Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, masih ramai usahawan IKS, terutama dalam kalangan bumiputera gagal mendapatkan sijil berkenaan untuk produk yang mereka usahakan.

“Ada antara mereka yang menjalankan perusahaan keropok hampir 25 tahun, namun masih gagal mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa disebabkan halangan untuk mendapatkan sijil halal,” katanya pada sidang akhbar berkaitan program Sambutan 25 Tahun Akok Kemuncak Fiesta Sehati@RTM di Kompleks Uthmaniah, Kampung Pulai Lima di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam usaha membantu mengembangkan perniagaan yang dilaksanakan usahawan IKS.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan, Noriani Mohd Idris berkata, lebih 10,000 pengunjung dijangka menghadiri program dua hari bermula Khamis depan di kompleks tersebut.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Forum Perdana Hal Ehwal Islam, basikalthon Parlimen Pasir Puteh, pameran beberapa agensi kerajaan, peluang keusahawanan dan membeli barangan keperluan harian pada harga istimewa.- Bernama

The post Jakim bantu IKS Bumiputera dapat sijil halal appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian