Jangan beri anak gajet masa makan

SEMALAM, ketika makan di sebuah restoran, terlihat satu pasangan muda dengan dua orang anak, seorang yang lelaki sekitar 3 tahun, dan seorang lagi dalam setahun lebih.

Si abang ini ketika makan, dbiarkan melihat tablet sambil menyuap makanan sendiri. Rancangan yang dilihat pula Peppa Pig, adussss.

Si adik pula nampak agak resah gelisah, sementara mak dan ayah asyik menikmati makanan.

Ini bukan kali pertama terlihat situasi begini. Banyak situasi kami lihat di meja makan, anak-anak diberi telefon atau tablet ketika waktu makan.

Bukan begini cara yang betul untuk mendisplinkan anak-anak di meja makan. Menggunakan gajet pada waktu makan hanya akan merosakkan lagi anak-anak.

Bahayanya adalah, anak-anak akan belajar untuk diam hanya apabila diberi gajet, jika tidak dia akan mengamuk hingga ketagihannya dipenuhi.

Bahaya juga kerana anak-anak akan hilang fokus pada makanan, mengunyah dengan laju dan tidak memandang waktu makan sebagai satu waktu yang penting.

Hilang nikmat makan pada anak-anak.

Waktu makan adalah waktu yang paling baik untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Waktu untuk anak-anak bercerita tentang kisahnya di sekolah, bertanya dan menerima nasihat.

Untuk anak-anak kecil, biasalah aksi tumpah menumpah, kami juga biasa begitu, jarang sangat pergi ke restoran, tidak ada air yang tumpah dan dapat makan dengan fokus.

Tapi itulah nikmat makan dengan anak-anak, sambil makan, sambil menjadi guru displin. Sebelah tangan menyuap makanan, sebelah lagi memegang anak.

Selepas makan, walaupun di restoran, ajar anak kemas meja dan buang sampah di tempatnya.

Cuma, syarat yang pertama, ibu bapa itu sendiri, waktu makan, jangan pula ralit melihat skrin, jika tidak, itulah yang akan ditiru oleh anak-anak.

Dr Hisyam Sharif
Aktivis Isma Kubang Pasu

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

The post Jangan beri anak gajet masa makan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian