Jenazah rakyat Palestin diserah kepada keluarga selepas 5 bulan

BAITULMAQDIS, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Selepas lima bulan dalam tahanan rejim pengganas Israel, jenazah Nimr al-Jamal, 37 tahun, diserahkan kepada keluarganya kelmarin untuk dikebumikan.

Al-Jamal terbunuh pada 26 September tahun lalu selepas dia menyerang dan menembak mati dua pengawal dan seorang pegawai polis rejim Zionis di penempatan haram Yahudi.

Jenazahnya diserahkan kepada keluarganya malam kelmarin di perkampungan Beit Surik di tengah Tebing Barat. Rumah keluarganya dimusnahkan rejim Zionis November tahun lalu.

Jenazahnya dibawa dari Pusat Perubatan Palestin di Ramallah sebelum dikebumikan, dengan dihadiri ratusan warga Palestin.

Al-Jamal adalah antara 84 warga Palestin yang ditembak mati oleh askar rejim pengganas Israel pada 2017.

Menurut laporan media, rejim pengganas Israel masih menyimpan 19 lagi jenazah rakyat Palestin yang dibunuh sejak dua tahun lalu, bersama 260 jenazah mereka yang terbunuh sejak 1967.

Rejim pengganas Israel secara mendadak memperketatkan polisi menahan jenazah warga Palestin yang dibunuh sejak rusuhan meningkat di wilayah Palestin pada Oktober 2015.

Rejim Zionis sejak lama dahulu mempunyai ‘perkuburan bernombor’ di mana rakyat Palestin yang meninggal dunia ketika serangan rejim itu dikebumikan di tanah perkuburan tidak bernama, tetapi ditanda dengan nombor. – Agensi

The post Jenazah rakyat Palestin diserah kepada keluarga selepas 5 bulan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian