Jumlah mangsa banjir Sarawak turun

BANGI, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatat penurunan hari ini dengan 3,092 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 4,444 orang semalam.

Sehingga jam 8 pagi tadi, 14 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif beroperasi di enam daerah bagi menempatkan 947 keluarga.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pusat pemindahan yang masih dihuni mangsa adalah di Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

Setakat ini, pusat pemindahan banjir di Bintulu mempunyai jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,183 orang, diikuti Sibu (1,086), Serian (575), Limbang (133), Mukah (107) dan Sarikei seramai lapan orang.

Menurut kenyataan itu, terdapat enam klinik kesihatan yang terjejas banjir masih tidak dapat beroperasi hari ini, sementara 15 yang lain dibuka seperti biasa.

Enam klinik kesihatan berkenaan adalah KK Long Jegan, Miri; KK Ng Taroh, Mukah; Klinik Desa Tamin, Selangau; KK Ng Tau, Bintulu; KK Sangan, Bintulu dan KK Batu Danau, Limbang.

The post Jumlah mangsa banjir Sarawak turun appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian