Kaki pancing perlu sentiasa pakai jaket keselamatan

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pemancing hendaklah sentiasa memakai jaket keselamatan sepanjang memancing walaupun ketika berada di kawasan daratan atau air cetek sebagai langkah berjaga-jaga, demikian menurut beberapa kaki pancing.

Presiden Persatuan Memancing Malaysia (PeMM), Ridzuan Ghazali berkata, pemakaian jaket keselamatan mampu mengurangkan risiko pemancing tenggelam atau lemas sekiranya terjatuh ketika melakukan aktiviti itu.

“Sekarang jaket keselamatan mudah didapati di mana-mana dengan harga berpatutan, rekaan menarik, serta ciri keselamatan yang pelbagai, menepati pilihan kaki pancing.

“Terdapat juga jaket keselamatan kecil dan fleksible yang hanya akan”kembang’ apabila pemancing terjatuh ke dalam air. Pemakaian jaket keselamatan seperti ini tidak mengganggu keselesaan mahupun keseronokan ketika memancing,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas insiden lima mangsa mati lemas ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh semalam.

Jika menggunakan bot atau sampan, pemancing harus lebih berhati-hati dan elakkan daripada melakukan pergerakan mengejut atau tergesa-gesa yang boleh menyebabkan mereka terbalik. – Bernama

The post Kaki pancing perlu sentiasa pakai jaket keselamatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian