Langkau ke kandungan utama

Kanak-kanak tiga tahun cedera parah kes langgar lari

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1439H, Ahad – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah kereta sewaktu melintas jalan bersama ibu saudaranya di Jalan Raya 6, Serdang Jaya, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, mangsa dilaporkan sedang dipimpin tangan oleh ibu saudaranya yang berusia dalam linkungan 40-an sebelum dia berlari ke arah jalan raya secara tiba-tiba menyebabkan dilanggar kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, bagaimanapun, pemandu kereta itu yang nombor platnya tidak dapat dikenal pasti terus beredar meninggalkan mangsa sejurus kejadian.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan dan mengalami kecederaan di bahagian tubuh badan serta pendarahan di dalam otak,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, ibu saudara mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Megat Mohamad Aminuddin meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan. – Bernama 

The post Kanak-kanak tiga tahun cedera parah kes langgar lari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?