ismakualaterengganu

Keadaan bertambah buruk bagi rakyat Gaza selepas penjanjian Fatah-Hamas

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin BANGI, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Isi kandungan perjanjian permuafakatan politik antara Hamas dan Fatah ...

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 28 Jamadilawal 1439H, Rabu – Isi kandungan perjanjian permuafakatan politik antara Hamas dan Fatah dalam satu kerajaan hanya tinggal janji-janji kosong yang tak tahu bilakah ia akan dipenuhi.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin cawangan Gaza, Ir Omar Seyam berkata, kegagalan ini membawa kepada keadaan yang lebih teruk yang dihadapi oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza.

“Kesimpulannya, selepas lima bulan berlangsungnya perjanjian antara kedua belah pihak, ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada masyarakat Palestin khususnya di Gaza. Bahkan hakikatnya keadaan menjadi lebih teruk hari demi hari,” katanya kepada Ismaweb melalui aplikasi Whatsapp.

Omar berkata, apa yang berlaku menyebabkan Hamas telah bertindak keluar daripada kerajaan perpaduan.

“Antara isi kandungan perjanjian ialah Fatah perlu membuka pintu sempadan bagi memudahkan perjalanan tetapi ia belum berlaku. Penubuhan satu kerajaan bersama yang berkuat kuasa serta merta seperti di Tebing Barat juga tidak berlaku.

“Hingga kini gaji kakitangan kerajaan masih belum dibayar sebanyak lima bulan gaji. Selain isu gaji, banyak masalah lain belum dapat diselesaikan seperti sekatan perjalanan, perniagaan dan kesihatan.

“Kerajaan perpaduan juga bersetuju untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik namun bekalan elektrik masih terputus hingga ke saat ini,” katanya.

Pada 12 Oktober tahun lepas, bertempat di Kaherah, Mesir, Hamas dan Fatah telah menandatangani satu perjanjian bagi mewujudkan kerajaan perpaduan Palestin untuk bertanggungjawab sepenuhnya di Semenanjung Gaza.

The post Keadaan bertambah buruk bagi rakyat Gaza selepas penjanjian Fatah-Hamas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7625122589661723950

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item