Kebakaran: Pejabat KWSP Petaling Jaya ditutup sementara

PETALING JAYA, 27 Jamadilawal 1439H, Selasa – Operasi di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini ditangguhkan buat sementara waktu sehingga Jabatan Bomba dan Penyelamat selesai menjalankan pemeriksaan susulan insiden kebakaran yang berlaku hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish berkata, bagaimanapun pencarum yang biasa berurusan di pejabat KWSP di sini boleh mendapatkan sebarang khidmat dan urusan serupa di mana-mana cawangan lain yang berhampiran.

“Buat masa ini kita kena tutup sementara sehingga arahan daripada pihak bomba yang seterusnya sebagai langkah keselamatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan sebarang pengkreditan dividen kepada pelanggan tidak akan terjejas berikutan kebakaran berkenaan.

“Pencarum dan majikan tidak perlu risau… memang data dilindungi dan ada ‘backup’,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, kebakaran di pejabat KWSP di sini dipercayai berpunca daripada percikan api ketika kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di tingkat satu bahagian luar bangunan berkenaan.

Soiman berkata bangunan berkenaan didapati menggunakan bahan pelapis iaitu polifoam yang mudah terbakar.

Seramai 527 orang pekerja yang berada di bangunan itu ketika kejadian telah dikeluarkan dan ditempatkan di kawasan lapang berdekatan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pukul 11.52 pagi dan tiba tujuh minit kemudian, Operasi memadam kebakaran mengambil masa kira-kira 30 minit ,” kata Soiman. – Bernama

The post Kebakaran: Pejabat KWSP Petaling Jaya ditutup sementara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian