ismakualaterengganu

Kehadiran diplomat Israel bukti kerajaan BN tidak boleh diharap

BANGI, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kehadiran diplomat rejim pengganas Israel di Kuala Lumpur memberi tamparan hebat kepada umat Islam M...

BANGI, 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Kehadiran diplomat rejim pengganas Israel di Kuala Lumpur memberi tamparan hebat kepada umat Islam Malaysia dan Datuk Seri Najib Razak digesa tampil memberi penjelasan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib perlu menjelaskan adakah Malaysia mempunyai hubungan rasmi secara diam-diam dengan musuh Islam dan masyarakat antarabangsa.

“Jika tidak, mengapa Wisma Putra membenarkan kemasukan diplomat Israel? Kehadiran Diplomat Israel ini adalah satu tamparan ke atas umat Islam.

“Tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Solidariti Al Aqsa di Putrajaya baru-baru ini telah berjaya meningkatkan kesedaran perlunya nasib umat Islam dibela; namun di satu sisi lain kerajaan perlu istiqomah dengan pendirian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, sikap ‘double standard’ ini memperlihatkan kerajaan tidak serius membela nasib umat Islam di Palestine, terutama Baitulmaqdis yang telah diisytihar oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebagai ibu negara haram Israel.

“Insiden ini membuktikan kerajaan BN tidak serius dan tidak boleh diharap bagi membela nasib Baitul Maqdis yang menjadi qiblat pertama umat Islam,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, ketika umat Islam masih dalam kemarahan terhadap apa yang berlaku di Palestin, umat Islam terkejut bila mendapat tahu diplomat Israel telah dibenarkan memasuki Malaysia untuk menghadiri World Urban Forum (WUF) di Kuala Lumpur hujung minggu lepas.

“Perkara ini juga disahkan oleh Akhbar Times of Israel yang melaporkan bahawa Kementerian Luar Israel mengesahkan kehadiran diplomat kanannya yang diketuai bekas timbalan duta negara itu ke PBB, David Roet di World Urban Forum (WUF).

“Difahamkan, Roet bukan sahaja dapat memasuki Malaysia menggunakan pasport diplomatik Israel bahkan dia dapat mengadakan pertemuan dengan pegawai Malaysia,” katanya.

The post Kehadiran diplomat Israel bukti kerajaan BN tidak boleh diharap appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5303328089234676412

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item