Kejayaan Azizulhasni mengubah stereotaip, Melayu punya kelas tersendiri

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Kejayaan jaguh trek negara, Azizulhasni Awang melakar rekod baharu Asia dalam Kejohanan Lumba Basikal Asia semalam, membuktikan bangsa Melayu mampu berada dalam ‘kelas’ tersendiri.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mat Dali berkata, sudah tiba masanya orang Melayu meninggalkan ‘sterotaip’ bahawa bangsa ini tidak mampu dan tidak boleh berjaya dalam semua bidang.

Beliau berkata, kejayaan dilakar ‘The Pocketrocketman’ itu sekali gus menggantikan psikologi kerdil dan tewas yang terpasak dalam minda Melayu kepada bangsa juara.

“Tahniah diucapkan di atas kejayaan Azizul semalam. Ia adalah kejayaan yang perlu dicontohi rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

“Janganlah kita melihat bahawa Melayu tidak mampu, sedangkan kita mempunyai kelas tersendiri yang perlu ditonjol dan dibanggakan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Abdul Rahman berkata, kejayaan anak jati Terengganu itu secara tidak langsung membangkitkan psikologi bangsa Melayu ke arah yang lebih positif.

“Kejayaan itu bukanlah diciptanya dalam jangka singkat, sebaliknya melalui pelbagai halangan dan rintangan untuk beliau berada pada tahap ini.

“Ia jelas menunjukkan kita adalah bangsa yang sentiasa berusaha, dan tidak akan berputus asa. Inilah semangat yang perlu bangsa Melayu terus kekalkan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, pembangunan semula sesebuah bangsa bermula dengan lakaran cita-cita besar serta rasa bangga dengan bangsa yang mempunyai sejarah gemilang.

“Termasuklah kejayaan Wan Nur Mafudah Wan Yusof yang dinobatkan sebagai anak Melayu pertama mendapat tempat teratas di peringkat dunia dalam World Prize Winner bagi kertas Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

“Orang Melayu ada segala-gala untuk kembali menjadi bangsa utama. Tetapi psikologi kerdil dan tewas itu perlu diganti kepada psikologi juara,” katanya.

Semalam, Azizulhasni berjaya mempertahankan gelaran ‘Raja Pecut’ apabila mencatat masa 9.774 saat, sekali gus memadamkan rekod lama 9.843 saat milik pelumba Jepun, Nitta Yudai pada Piala Trek Jepun, tahun lalu.

Catatan itu bukan sahaja rekod baharu kebangsaan tetapi turut memadamkan catatan peribadi terbaik dilakukan Azizulhasni 10.057s pada Sukan SEA yang lalu.

The post Kejayaan Azizulhasni mengubah stereotaip, Melayu punya kelas tersendiri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian