Kekuatan akidah asas kekuatan umat Islam

Gombak, 31 Januari 2018- “ Kempen  Malaysia Subuh Berjemaah, Bebaskan Al Aqsa” telah dianjurkan di lima buah masjid sekitar daerah Gombak dan Ampang pada hari ini. Program ini telah dianjurkan oleh kerjasama Biro Islamiyyat Isma Gombak dengan agensi Indahnya Islam, Aman Palestin, PEMBINA bersama dengan kariah 5 masjid. Lima  buah masjid yang terlibat ialah Masjid Al Khairiyah, Taman Sri Gombak; Surau Adinniah, Taman Sri Rampai; Masjid Nurul Islam, Jalan Ampang; Masjid Al Zakirin, Taman Wilayah Selayang; dan Masjid Jamek Al Amaniah, Batu Caves.

Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk memberikan kesedaran tentang situasi genting yang berlaku di Palestin kepada masyarakat. Isu di Palestin bukanlah menjadi masalah umat Islam di Palestin sahaja bahkan ia sebenarnya melibatkan aqidah seluruh umat Islam di dunia. Kisah sirah dan kepentingan Bumi Al Quds telah dibincangkan. Para penceramah juga telah menyelusuri sirah dari peristiwa isra’ mikraj, pembukaan kota Al Quds kembali oleh tentera Islam, kemudian kepada penjajahan dan perancangan Zionis Yahudi laknatullah sehinggalah kekejaman yang berlanjutan sehingga kini.

Hakikatnya masyarakat masih keliru apakah peranan yang boleh dimainkan oleh mereka dalam membantu pembebasan bumi Al Aqsa. Sesungguhnya, jika kita mengimbau kembali sirah, Rasulullah SAW membina peribadi Muslim dengan membetulkan aqidah masyarakat Makkah serta menghapuskan jahiliyyah selama 13 tahun di Makkah. Dengan kekuatan modal insan yang asas inilah yang kemudiannya baginda Rasulullah SAW membina sebuah kerajaan, sebuah pasukan ketenteraan yang gah dan ditakuti oleh kaum musyrikin. Telah dibuktikan juga, al- marhum Syeikh Ahmad Yasin (bekas pengasas  parti Hamas) telah mula membina peribadi muslim dengan mengajak kembali para pemuda menghayati Islam bermula pada tahun 1966 seusai beliau kembali dari Mesir. Sehingga hari ini, para pemuda soleh terus dibina untuk mempertahankan dan membebaskan bumi Palestin.

Fokus utama program kali ini ialah formula pembebasan Al- Aqsa yang ingin ditekankan iaitu “Membina jiwa pemuda dan masyarakat supaya kembali mengamalkan Islam sepenuhnya bermula dengan solat SUBUH BERJEMAAH”. Seorang pemimpin Yahudi pernah berkata dia tidak takut kepada umat Islam kecuali di dalam satu keadaan: “Apabila bilangan orang solat Subuh berjemaah menyamai bilangan orang yang solat Jumaat” (petikan dari buku Kaifa Tuhafiz Ala Solah Al- Fajr, Dr Raghib As- Sirjani). 

 Kami menyeru masyarakat untuk bersama- sama menyahut cabaran menunaikan solat Subuh secara berjemaah yang secara tidak langsung akan membina masyarakat yang mengamalkan aqidah Islam yang syumul dan benar, dan melahirkan generasi umat Islam yang bersatu padu, beragenda di dalam menghadapi musuh Islam.

 

Dr Farah Inani Abd Razak
Unit Pengarang Biro Komunikasi dan Multimedia
ISMA Gombak

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian