Kenyataan dua Kabinet Hadi Awang diputarbelitkan

KUALA LUMPUR, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kenyataannya mengenai pengasingan dua Kabinet berbeza jika parti itu memerintah negara diputar belitkan pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Marang itu menafikan mengeluar kenyataan mahu memisahkan Kabinet Islam dan bukan Islam sekiranya PAS mentadbir negara.

Sebaliknya beliau menjelaskan, ia bukan mewujudkan dua Kabinet, tetapi hanya pembahagian tugas yang biasa berlaku dalam kerajaan.

“Bukan dua kabinet. Pembahagian tugas. Biasalah dalam kerajaan, ada Menteri, Timbalan Menteri, Perdana Menteri, Menteri Tugas-tugas Khas, Menteri.

“Ada Menteri yang dia pantau Kementerian-kementerian. Itu biasakan pembahagian? Bukan dua kabinet, itu dia tak faham, tak faham ulasan saya, tak faham,” katanya kepada pemberita, semalam.


Sejak beberapa hari lalu, beberapa portal liberal melaporkan berkenaan cadangan Abdul Hadi menubuhkan dua Kabinet dalam kerajaan – yang mana beragama Islam berperanan membuat keputusan tentang dasar negara manakala bukan Islam akan melaksanakan dasar kerajaan.

Menurut Abdul Hadi, dua Kabinet dimaksudkannya itu adalah gabungan mereka yang menganut ideologi negara dan sebaliknya dalam satu pemerintahan.

Jelas beliau, ia mengikut pembahagian tugasan dengan bidang tugas tertentu, dan bukan dua Kabinet terpisah sebagaimana didakwa pihak dan media terbabit.

“Dalam negara moden hanya mereka yang menganut idealogi negara sahaja boleh jadi Menteri Kabinet. Kalau Demokrat, semua Demokrat. Republikan semua Republikan. Barisan Nasional, semua Barisan Nasional.

“Kalau kita Kerajaan Teknokrat boleh orang kanan yang lain boleh jadi Menteri, dia ada kepakaran. Bukan makna dua itu. Kepakaran-kepakaran dia. Itu kena faham,” katanya.

The post Kenyataan dua Kabinet Hadi Awang diputarbelitkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian