Kerajaan silap besar biar Yahudi Israel masuk Malaysia

BANGI, 1 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Malaysia sepatutnya bertindak lebih bijak dengan membatalkan persidangan World Urban Forum (WUF) di ibu negara baru-baru ini, sekiranya sudah mengetahui ia melibatkan pegawai Zionis Israel.

Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi berkata, kerajaan melakukan kesilapan besar apabila membiarkan delegasi Israel masuk ke Malaysia.

Lebih malang, kerajaan seperti menunduk kehendak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), supaya meluluskan visa semua delegasi itu.

“Ini merupakan satu kesilapan besar lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Utama ke-14 (PRU14). Apa faedahnya menganjurkan persidangan ini dalam keadaan wakil Zionis dibenarkan hadir dengan bangganya?.

“Keadaan ini seolah-olah memberi mesej bahawa kerajaan mengutamakan penganjuran persidangan WUF, lebih daripada solidariti bersama Palestin yang saban hari dijajah penempatan haram Yahudi Zionis Israel, meskipun tidak benar.

“Walhal, berdasarkan rekod, Malaysia pernah menolak permohonan visa dua pelayar Israel ketika menjadi tuan rumah Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) pada Disember 2015. Mengapa ketegasan sedemikian tidak diulangi dalam keadaan politik Malaysia yang sedia berkecamuk hari ini?,” soalnya dalam satu artikel yang diterbitkan di Sinar Online, hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta supaya kenyataan diplomat kanan Israel, David Roet yang mengaku secara terang-terangan bahawa beliau ada bertemu dengan pegawai tertinggi Malaysia diselidik lebih lanjut.

“Kenyataan Roet bahawa “hubungan perdagangan Malaysia-Israel mencecah AS$1.5 bilion setahun dan semakin berkembang pesat” telah membuka kembali perdebatan lalu berkenaan hubungan dagang Malaysia-Israel.

“Tidak kira sama ada BN mahupun Pakatan Harapan, kedua-dua blok tersebut seharusnya berusaha untuk bersikap lebih telus tentang hubungan dengan Israel dan berusaha sedaya-upaya bagi memastikan komitmen solidariti bersama Palestin tidak sekadar retorik kosong.

“Kepentingan nasional juga seharusnya dilindungi sebaik mungkin khususnya dalam hal strategik yang memerlukan pengurangan kebergantungan secara berkadar kepada Israel,” katanya.

The post Kerajaan silap besar biar Yahudi Israel masuk Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian