Kereta kabel rosak: 960 pelancong, 78 kakitangan terkandas dibawa turun

LANGKAWI, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Semua pelancong yang terkandas selepas sistem kereta kabel di sini mengalami kerosakan petang semalam diselamatkan dan dibawa turun ke base station di Oriental Village di sini, malam tadi.

Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan kereta kabel Langkawi SkyCab, berjaya membaiki kerosakan sejurus sebelum pukul 11 malam untuk mula membawa turun 960 pelancong dan 78 kakitangan dari puncak Gunung Machinchang setinggi 708 meter ke base station.

Keseluruhan proses memindahkan mangsa disaksikan anggota lembaga Panorama Langkawi, Datuk Azizan Noordin, Ketua Polis Langkawi, ACP Ghazali Che Awang dan anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Azizan, yang juga ketua pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkata perkhidmatan kereta kabel itu akan dihentikan selama setengah hari untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan servis dijalankan.

“Perkhidmatan akan disambung semula selepas 12 tengah hari selepas kami berpuas hati dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan,” kata beliau.

Terdahulu, 89 daripada pengunjung yang tersangkut dalam kereta kabel tiba di stesen di Oriental Village kira-kira 9.30 malam tadi.

Azizan berkata, 89 pelancong itu terkandas dalam kereta kabel apabila sistem mengalami kerosakan kira-kira jam 5.48 petang semalam.

“Tiga lagi kereta kabel membawa 18 pelancong bergerak ke bawah selepas tersangkut kira-kira empat jam antara ‘middle station’ dan base station,” kata kepada Bernama.

Beliau berkata, pasukan teknikal Panorama Langkawi Sdn Bhd, anak syarikat LADA dan pengendali sistem kereta kabel itu, terpaksa menggunakan usaha secara manual untuk menggerakkan sistem bagi kereta kabel tersebut turun ke base station.

“Pasukan teknikal mengandungi 12 orang bersama dua anggota bomba dan penyelamat telah berada di middle station untuk menggantikan sistem yang gagal berfungsi yang menjadi punca sistem itu mengalami kerosakan,” katanya.

Setakat jam 10 malam tadi, kira-kira 200 pelancong terkandas di middle station, yang terletak kira-kira 650 meter dari paras laut dan 300 lagi terkandas di upper station, kira-kira 708 meter dari paras laut.

Perkhidmatan kereta kabel itu tidak akan beroperasi hari ini untuk membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan mengenai insiden.

The post Kereta kabel rosak: 960 pelancong, 78 kakitangan terkandas dibawa turun appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian