ismakualaterengganu

Kertas siasatan kes Namewee diserah kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Kertas siasatan ke atas penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee berhubung tindak...

KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Kertas siasatan ke atas penyanyi rap kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee berhubung tindakannya memuat naik klip video terbaharu bertajuk ‘Like A Dog’, akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan lanjut akan ditentukan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

“Kita akan hantar kertas siasatan kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya, mungkin ada arahan lanjut yang akan diberikan kepada kita,” katanya pada sidang media pada Perhimpunan Bulanan Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata, tempoh tahanan reman Namewee berakhir hari ini.

Pada 11 Februari lalu, Namawee memuat naik klip video terbarunya sempena Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan individu memakai topeng anjing dengan tarian lucah berlatar belakangkan bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Tindakan biadap itu bukan pertama kali dicetuskan Namawee, malah pernah ditahan sebelum ini menerusi satu muzik video menghina Islam, ‘Oh My God’ pada 2016.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

The post Kertas siasatan kes Namewee diserah kepada Peguam Negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6728073211915393033

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item