Kita di tangga 62 tertinggi rasuah

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Malaysia berada di tangga ke-62 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dengan mencatat skor 47 daripada 100, kata Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar.

Skor dan kedudukan dalam CPI ditentukan menurut tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala ‘kosong’ (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Katanya, Malaysia jatuh dua mata disebabkan pelbagai kes berprofil tinggi.

“Di ASEAN, Malaysia antara tiga negara teratas selepas Singapura dan Brunei,” katanya mengumumkan keputusan CPI 2017 pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, berbanding negara ASEAN lain, Malaysia berada di belakang Singapura (ke-6) dan Brunei (32), namun di depan Indonesia (96), Thailand (96), Vietnam (107), Filipina (111), Myanmar (130), Laos (135) dan Kemboja (161).

New Zealand berada di kedudukan teratas dengan skor 89 diikuti Denmark (88), manakala Finland, Norway dan Switzerland berkongsi tangga ketiga dengan skor 85.

Akhbar berkata, negara di tangga terbawah ialah Yaman, Sudan, Afghanistan, Syria, Sudan Selatan dan Somalia.

Bagi membaiki kedudukan Malaysia dalam indeks itu, beliau berkata TI-M menggesa kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat kes rasuah secepat mungkin. – Bernama

The post Kita di tangga 62 tertinggi rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian