Klip video: Polis sedang kesan Namewee

KUALA LUMPUR, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan penyanyi rap Namewee susulan klip videonya bertajuk ‘Like A Dog’ yang menggores perasaan dan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dipercayai berada di luar negara ketika ini.

“Kita masih kesan beliau (Namawee)… dipercayai berada di luar negara. Siasatan sedang dijalankan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya itu.

Mohamad Fuzi berkata, kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Minggu lepas, Namewee memuat naik klip video terbaharunya bersempena Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.- Bernama

The post Klip video: Polis sedang kesan Namewee appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian