Kopi perisa durian dicampur dadah: Polis

 

GEORGE TOWN, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Polis mengesahkan bahawa kopi pra-campuran berperisa durian yang mengakibatkan dua lelaki Nepal dimasukkan ke hospital selepas meminumnya, mengandungi dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Anuar Omar berkata, Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang memaklumkan, campuran kopi berkenaan mengandungi bahan asing yang dipercayai sejenis dadah.

Beliau berkata, ujian lanjut yang dilakukan pada sampel itu menunjukkan paket campuran kopi telah dibuka dan dipek semula.

Makmal itu juga, katanya, turut membandingkan campuran kopi yang digunakan oleh dua lelaki itu dengan bungkusan asal dari kilang.

“Terdapat perbezaan yang ketara dalam berat, kandungan dan pembungkusan. Paket berkenaan didapati lebih berat sebanyak 10gm berbanding dengan 40gm asal.

“Campuran kopi itu juga mengandungi bahan asing berwarna hijau yang tidak terdapat dalam bungkusan asal,” katanya.

Susulan itu, Anuar berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut selepas laporan dibuat seorang pegawai perubatan di Hospital Pulau Pinang.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 272 Kanun Keseksaan kerana memalsukan makanan atau minuman yang ditujukan untuk dijual.

Selasa lalu , Sapkotamangal Prasad, 45, dan Vishnu Shrestha, 41, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Moulmein Rise di Pulau Tikus, dimasukkan ke hospital selepas minum kopi pra-campuran berperisa durian itu.

Anuar berkata, ketika jam 9.40 pagi itu, Wisnu duduk di pondok pengawal keselamatan, sementara Sapkotamangal melakukan rondaan.

“Seorang wanita yang tidak dikenali mendekati Wisnu dan menyerahkan satu paket besar kopi durian secara percuma sebelum meninggalkan tempat itu. Terdapat 16 paket kecil kopi di dalamnya.

“Selepas Sapkotamangal selesai, mereka membancuh paket tersebut untuk diminum. Selepas minum selama dua minit, mereka mula mengalami kesakitan dada dan kesukaran bernafas sebelum mereka pengsan,” katanya.

Anuar berkata, kes yang sama dilaporkan Sabtu lepas apabila dua wanita juga menunjukkan tanda-tanda yang sama seperti lelaki Nepal itu.

“Mereka mendakwa menerima mendapat kopi pra-campuran berperisa durian dari orang awam yang menyumbang kepada kuil,” katanya.

The post Kopi perisa durian dicampur dadah: Polis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?