ismakualaterengganu

Mahkamah Persekutuan batalkan hukum hakam Islam, kata Nik Abduh

BANGI, 18 Jamadilawal 1439H, Ahad – Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan pengislaman anak oleh bapa mereka yang memeluk Islam adalah ...

BANGI, 18 Jamadilawal 1439H, Ahad – Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan pengislaman anak oleh bapa mereka yang memeluk Islam adalah sesuatu yang menyedihkan, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

“Ia adalah kezaliman dan penghinaan terhadap ugama Islam yang menjadi agama negara Malaysia secara berperlembagaan apabila hukum hakamnya yang jelas telah dibatalkan dan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan yang bertindak mengetepikan ketetapan asal oleh Mahkamah Syariah yang mengesahkan pengislaman anak-anak tersebut.”

“Ia adalah kezaliman terhadap si anak tersebut yang berhak mendapat peluang terbuka untuk hidup membesar di dalam mengenali Allah setelah ayah atau ibunya telah memperolehi hidayat Islam.

“Ia adalah kezaliman terhadap si ibu atau bapa yang memeluk Islam yang sudah pasti menanggung kewajiban melaksanakan perintah ugamanya yang mewajibkannya mengislamkan dan mendidik si anak dengan ajaran Islam,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, adalah jelas, undang-undang Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah muslim, mestilah memihak kepada ibu atau bapa yang memeluk Islam untuk turut membawa dan menukarkan agama anak mereka kepada Islam.

Katanya, mungkin timbul persoalan bahawa tidakkah hukum ini tidak adil, melanggar hak perkahwinan asal yang dibina atas agama selain Islam, sedangkan Islam menolak ketidakadilan.

“Kita menjawab, ia menjangkau lebih daripada itu. Inilah keadilan untuk si anak, bukan hanya terhenti pada ikatan sentimen ibu atau bapa. Hak si anak adalah fitrahnya yang bersih dan wajib dipelihara.

“Sesudah si ibu atau bapa yang menjadi rakyat sebuah negara majoriti umat Islam seperti Malaysia diberi hidayah oleh Allah dengan Islam, maka adalah kezaliman yang nyata jika mereka membiarkan si anak kandung mereka terdidik di dalam kekufuran yang akan menggadai masa depan mereka yang paling besar dan bernilai iaitu agama. Dalam Islam, agama adalah segala-galanya. Ia adalah ‘ismatul amr’, atau penjaga segala urusan hidup,” katanya.

Juga, akan ada yang bersoal, bukankah ini adalah kezaliman terhadap golongan minoriti?, katanya.

“Kita menjawab, bukankan ini negara demokrasi? Bukankah apabila berlaku pertembungan di antara kepentingan dua pihak atau lebih, maka yang mesti diberi hak adalah yang memperolehi majoriti dengan mengambil kira hak-hak minoriti yang mesti dijaga? Bukankah inilah terimaan masyarakat antarabangsa yang bertamadun?,” katanya.

The post Mahkamah Persekutuan batalkan hukum hakam Islam, kata Nik Abduh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1492755641723700671

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item