ismakualaterengganu

Mahkamah tempatan Belgium benar pelajar pakai tudung

BRUSSELS, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Mahkamah tempatan Belgium memutuskan pengharaman pemakaian tudung kepala bagi pelajar wanita di seb...

BRUSSELS, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Mahkamah tempatan Belgium memutuskan pengharaman pemakaian tudung kepala bagi pelajar wanita di sebuah sekolah, adalah bertentangan dengan kebebasan beragama.

Keluarga sebelas pelajar, sebelum ini, mengambil tindakan mahkamah berikutan pengharaman pemakaian tudung kepala di sekolah Flemish di wilayah Maasmechelen.

Mahkamah mengambil ketetapan berdasarkan peruntukan perjanjian hak asasi Eropah dan memutuskan semua negara Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya membenarkan rakyat mereka mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Keputusan itu bagaimanapun, tidak merangkumi pengharaman pemakaian tudung di semua sekolah Flemish di wilayah itu, tetapi 11 pelajar berkenaan boleh memakai tudung dalam tempoh 30 hari lagi.

Yayasan Diyanet Belgium, yang mempunyai hubungan dengan badan keagamaan Turki, turut mengambil bahagian dalam membawa kes itu ke mahkamah sebagai tanda menyokong pelajar berkenaan.

Pengurus Besar yayasan itu, Coskun Beyazgul berkata, keputusan mahkamah berkenaan sepatutnya menjadi contoh kepada kes lain di negara itu.

Pada 2015 lalu, pihak berkuasa pendidikan Flemish Belgium mengharamkan tudung kepala di semua sekolah mereka. – Agensi

The post Mahkamah tempatan Belgium benar pelajar pakai tudung appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 919269490897557425

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item