‘Malaysia muflis jika Najib menang PRU-14’

 

 

BANGI, 23 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Biarpun ada bayangan Datuk Seri Najib Tun Razak akan kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun Perdana Menteri itu pasti menggunakan apa jua cara untuk kembali memegang tampuk pemerintahan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad yakin, Najib akan tetap memastikan dirinya tidak kecundang kerana tahu akibatnya jika kalah dalam pilihan raya.

“Najib tahu seluruh negara menentangnya. Kemungkinan untuk beliau menang PRU hampir tiada. Jika kalah, beliau akan didakwa di mahkamah dan boleh dipenjara.

“Sebab itu beliau akan memastikan tidak akan kalah. Dengan apa cara sekalipun beliau mesti menang,” kata Dr Mahathir dalam posting terbaru di laman blognya, chedet.cc.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu menjangkakan Najib akan mengisytihar darurat dan menggantung Parlimen.

Najib juga, katanya, akan mentadbir menggunakan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

“Untuk melakukan perkara ini, Najib memerlukan sokongan terutama daripada ketua tentera dan ketua polis. Contohnya, Marcos memerintah Filipina sebagai diktator, dia mendapat sokongan ketua tentera dan polis.

“Tetapi apabila dia menyebabkan Aquino dibunuh, ketua-ketua itu kemudian menarik sokongan mereka. Susulan itu, rakyat mengadakan protes di jalanan dan menuntut Marcos meletak jawatan sebagai Presiden. Pergerakan kuasa rakyat berjaya kerana Marcos kehilangan sokongan.

“Sebaliknya, di Malaysia Ketua Polis Negara dan Ketua Angkatan Tentera adalah penyokong Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya mematuhi apa yang Najib lakukan. Walaupun beliau jelas melanggar undang-undang, mereka tidak peduli,” katanya.

Namun, Dr Mahathir berkata, sekiranya Najib menang pilihan raya akibatnya pasti menjadi lebih buruk.

“Negara ini akan menjadi bankrap kerana jumlah hutang sekarang hampir satu trilion Ringgit. Najib telah menjual sebahagian daripada Malaysia untuk membayar hutang.

“Semua tanah yang terbaik telah dijual. Akan tiba saatnya negara tidak dapat lagi mengumpul wang untuk membayar hutang. Apabila tiba masanya, Malaysia akan menjadi negara muflis,” katanya.

The post ‘Malaysia muflis jika Najib menang PRU-14’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian