Masalah elektrik: Tujuh pusat perubatan Gaza ditutup

SEMENANJUNG GAZA, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Tujuh pusat perubatan di beberapa bahagian Semenanjung Gaza telah ditutup, berikutan kehabisan bahan api untuk menjana bekalan elektrik di kawasan tersebut.

Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran bahawa keadaan kesihatan di kawasan yang dikepung itu berada di tahap membimbangkan ekoran krisis bekalan elektrik berterusan.

Walaupun Gaza memerlukan hampir 500 megawatt tenaga elektrik sehari, namun penduduk hanya menerima kurang separuh daripada jumlah itu.

Akibatnya, penduduk Gaza menerima bekalan elektrik hanya beberapa jam sehari.

Jurucakap Syarikat Pengedaran Elektrik Gaza, Mohammed Thabet berkata, permintaan untuk bekalan elektrik meningkat berikutan keadaan cuaca sejuk ketika ini.

Thabet berkata, jumlah bahan api yang diimport dari negara jiran, Mesir telah menurun sejak beberapa hari lalu.

Katanya, Mesir telah menutup sebahagian besar sempadannya dengan Gaza sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun masih membenarkan import bahan api.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Palestin memberi amaran bahawa krisis kekurangan bahan api di Semenanjung Gaza akan menjejaskan semua hospital di sekitar wilayah itu.

WHO berkata, kemudahan kesihatan di Gaza tidak akan dapat beroperasi sekiranya kehabisan bahan api dalam tempoh maksimum dua bulan.- Agensi

The post Masalah elektrik: Tujuh pusat perubatan Gaza ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian