ismakualaterengganu

Mendidik Anak-anak Untuk Lebih Pintar Daripada Telefon Pintar

Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman Skudai, 28 Jan – Lembaran tahun baru 2018 diisi dengan aktiviti halaqah wanita anjuran Wanita Isma Joho...

Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman

Skudai, 28 Jan – Lembaran tahun baru 2018 diisi dengan aktiviti halaqah wanita anjuran Wanita Isma Johor Bahru yang bertempat di Taman Mutiara Rini, Skudai dan telah dihadiri oleh 20 orang wanita dari kawasan berdekatan.

Program yang disampaikan oleh Puan Fadzillah Amer Nordin, calon PhD dalam Early Chilhood Education ini, membincagkan tentang kepentingan mendidik anak-anak di awal usia muda.

Orang Islam dahulu, hebat kerana mereka sangat rajin menulis, tetapi amat malang generasi kini tidak lagi mengamalkan sikap rajin menulis, sehingga kita ditenggelamkan sikap berat tulang dan ketinggalan jauh dari sudut penulisan ilmiah.

Ilmu-ilmu yang ditulis oleh para ilmuan Islam juga telah diceduk oleh barat dan sewenang wenangnya dijadikan hak milik mereka. Diantara tokoh ilmuan Islam dalam bidang pendidikan awal kanak kanak ialah Imam Al-Ghazali.

Menyentuh isu tentang keberadaan pelbagai gadget di rumah seperti tablet dan telefon pintar, yang boleh memberi kesan negatif pada anak-anak, ianya perlu dididik bukannya sekadar mencegah.

Ajarlah mereka untuk meminta izin setiap kali ingin menggunakan gadget-gadget ini. Selain itu juga, ibu bapa perlu menghadkan penggunaan gadget ini dengan memberi alternatif lain yang boleh menarik minat mereka untuk tidak terlalu asyik menonton televisyen atau bermain telefon pintar.

Selain itu juga, sangat penting untuk mewujudkan elemen tegas, lembut dan kasih sayang dalam menegur anak-anak. Sesuaikan intonasi supaya anak-anak faham apa yang kita ingin sampaikan kepada mereka. Dan amat penting untuk memanggil mereka dengan panggilan yang baik dan elok kerana nama itu adalah doa buat mereka.

Wanita Isma komited untuk mengajak masyarakat Islam Malaysia menghayati kehidupan Islam yang suci dan syumul dengan menganjurkan pelbagai program yang berkaitan dengan kewanitaan dan kekeluargaan.

Usrah wanita diadakan di empat lokasi berbeza, iaitu Masjid Al-Muttaqin Kota Tinggi, Larkin, Skudai dan Bandar Dato Onn Perjiranan 10.

Untuk sebarang makluman berkaitan hebahan program, boleh like page http://ift.tt/2GMyjVV

Sumber

Related

TERKINI 8551760837567759592

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item