ismakualaterengganu

MH17: MAB beri pampasan kepada waris mangsa warga New Zealand

BANGI, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan pemberian pampasan kepada waris mangsa warga New Zealand y...

BANGI, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan pemberian pampasan kepada waris mangsa warga New Zealand yang terkoban dalam tragedi penerbangan MH17 pada Julai 2014.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pampasan dibuat selepas persetujuan dicapai antara waris dan syarikat.

“Kami sahkan kedua-dua pihak sudah memperoleh keputusan secara baik dan sulit. Namun kami tidak akan mendedahkan butiran lanjut untuk menghormati privasi dan keselamatan ahli keluarga yang terjejas,” katanya seperti dilapor portal liberal, hari ini.

Sebelum ini, portal berita New Zealand, Stuff melaporkan ahli keluarga Rob Ayley yang terbunuh dalam tragedi itu menerima pampasan bernilai jutaan dolar.

Difahamkan, keluarga Rob menerima pampasan sekitar NZ$1.8 juta (RM5.179 juta), menerusi pembayaran tahun lepas yang dimasukkan ke satu tabung amanah untuk Sharlene dan dua anaknya.

Rob salah seorang daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal yang terkorban apabila pesawat berkenaan ditembak jatuh peluru berpandu permukaan ke udara di ruang udara Ukraine.

The post MH17: MAB beri pampasan kepada waris mangsa warga New Zealand appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7835598840546414990

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item