ismakualaterengganu

NAZIM Samarahan Komited Kembangkan Potensi Anak-Anak

  oleh Norlia binti Salleh Kota Samarahan, 4 Feb – “NAZIM Samarahan komited dalam mengembangkan potensi pelajar-pelajar sekolah rendah. M...

 

oleh Norlia binti Salleh

Kota Samarahan, 4 Feb – “NAZIM Samarahan komited dalam mengembangkan potensi pelajar-pelajar sekolah rendah. Modul-modul yang kami sediakan bersesuaian dengan pembangunan diri pelajar.” Demikian kata Cikgu Raja Nurul Huda binti Raja Ibrahim, Ketua Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) Samarahan dalam slot Pengenalan NAZIM dalam Majlis Tautan Ukhuwwah yang telah diadakan baru-baru ini.

 

Jelasnya lagi, antara program-program yang disediakan untuk peserta adalah Smart Aulad Play (SAC), Smart AUlad Circle (SAC), Huffaz Cilik, Karnival NAZIM dan Lawatan Sambil Belajar.

Setiap program yang diadakan menyediakan modul-modul yang berbeza mengikut jenis program. Sebagai contoh, aktiviti yang diadakan sempena program SAP adalah berbentuk ‘outdoor‘ yang boleh mengembangkan keupayaan fizikal peserta. Program SAC pula adalah berbentuk ‘indoor‘ dan mengetengahkan aktiviti kendiri yang dapat membantu peserta dalam menguruskan kehidupan seharian.

Ustaz Abdul Rahman bin Ismail, Yang Di Pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Samarahan dalam ucapannya berkata, setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Oleh yang demikian, NAZIM adalah antara medium yang boleh digunakan dalam membangunkan sahsiah anak-anak. Dengan menghantar anak-anak ke program yang dianjurkan oleh pihak NAZIM pada hujung minggu, anak-anak dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Majlis Tautan Ukhuwwah ini diadakan adalah bagi memberi penghargaan kepada ibubapa yang telah memberi sokongan kepada NAZIM Samarahan dalam program-program yang telah dijalankan. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli jawatankuasa NAZIM dan ibubapa. Semoga dengan adanya program seperti ini, ibubapa akan memberikan kepercayaan yang lebih kepada NAZIM Samarahan dalam mengembangkan potensi anak-anak.

Turut hadir pada program tersebut adalah Ustazah Nuraini binti Mohd Saleh, Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Samarahan dan Rasheedan bin Ellin, Ketua Biro Dakwah ISMA Samarahan.

Sumber

Related

TERKINI 723837393377937714

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item