ismakualaterengganu

Pakatan Harapan muktamadkan agihan kerusi DUN di Kedah

BANGI, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Pakatan Harapan Kedah memuktamadkan pembahagian 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu, d...

BANGI, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Pakatan Harapan Kedah memuktamadkan pembahagian 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu, dalam satu mesyuarat jawatankuasa yang diadakan minggu lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan pembahagian kerusi itu termasuk empat kawasan yang menjadi rebutan empat parti komponen dalam gabungan berkenaan.

“Satu kata sepakat sudah dicapai antara kami berhubung agihan 36 kerusi DUN di Kedah, saya andaikan semua pihak pastinya ada wujud rasa kurang puas hati, atau mungkin berpuas hati dengan apa yang dimuktamadkan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, pembahagian kuota kerusi DUN menyaksikan Bersatu mendominasi berbanding ramalan sebelum ini, bahawa ianya dibahagi sama rata dengan Parti Amanah Negara (PAN), iaitu 12 kerusi.

“Amanah dan PKR mendapat kuota sama banyak, namun jumlah itu boleh dipertikaikan kerana Bersatu diberikan empat lebihan kerusi.

“DAP tuntut tambahan kerusi di Gurun kerana kawasan itu lebih sesuai untuk calon DAP lawan calon MCA, kajian juga menyebelahi DAP berbanding PKR,” kata sumber akhbar itu.

The post Pakatan Harapan muktamadkan agihan kerusi DUN di Kedah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8906797558076019815

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item