Pakej umrah bersama ismaweb

ASSALAMMUALAIKUM! AHLAN WASAHLAN

Berita baik untuk anda, ismaweb.net sebagai pendahulu kepada portal berita yang berjuang untuk Islam dan bangsa Melayu di Malaysia, bukan sahaja memikul peranan dalam mendidik dan membangunkan jati diri umat Islam di negara ini melalui media.

Sebaliknya, Ismaweb.net menetapkan kehadiran kami di kalangan umat Islam Malaysia dengan menyediakan pelbagai program pemantapan rohani. Justeru, kami mengambil pendekatan baharu dengan membawakan kepada anda satu program ‘Umrah dan Ziarah Bersama Ismaweb Siri 1 2018’.

Bertemakan ‘Memburu Sebakul Iman’ dan menerusi kerjasama dan kelolaan syarikat Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd, program buat julung kali ini akan bermula pada 4 April hingga 15 April – 12 hari, 10 malam – dengan penerbangan terus pesawat Saudi Arabian Airlines dari KLIA ke Madinah dan kembali ke Malaysia menerusi Jeddah.

‘Memburu Sebakul Iman’ bukan sahaja terbuka kepada semua umat Islam yang layak, malah mereka yang berdaftar dengan Ismaweb.net akan diberi potongan harga RM200 tiap seorang. Manakala, jumlah peserta adalah tidak terhad.

Selain melaksanakan ibadah umrah, program kami akan membawa peserta melawat pusat peranginan yang terletak di barat daya Arab Saudi – Taif – sejarak kira-kira 55 kilometer dari Tanah Suci Makkah, dan perkampungan Halimatul Sa’adiah yang jauhnya kira-kira 50 kilometer dari Taif.

Selain itu, program ini juga akan diisi dengan slot ceramah berkaitan iman dan amanah akan disampaikan oleh ustaz jemputan.

Jarang, pakej umrah dengan harga serendah RM6,990 (belum diskaun), peserta dibawa ke kedua-dua tempat bersejarah itu, untuk melihat sendiri kesan peninggalan dakwah Islam oleh Baginda Rasulullah SAW, selain perkampung ibu susuan Nabi Muhammad SAW.

Kami juga tidak akan menerima bayaran pendaftaran mengikuti program ini, sebaliknya bayaran penyertaan hendaklah dibuat terus kepada agensi pengelola – Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd.

Untuk menyertai program ini, anda hanya perlu memasukkan nama dalam Facebook ismaweb.net dengan menekan poster program. Urusan pengisian borang dan pembayaran dibuat kepada Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd. Slip atau resit bayaran hendaklah ditunjukkan kepada kami sebagai pembuktian.

Penginapan di Makkah ialah Hotel Anjum terletak kira-kira 50 meter dari Masjidil Haram, manakala hotel di Madinah ialah Province Al-Sham.

Harga pakej termasuk

Penerbangan kelas ekonomi, airport tax, surcaj bahan api
Penginapan Madinah/Makkah (mengikut pilihan bilik)
Pengangkutan di Tanah Suci termasuk ziarah ke Taif dan perkampungan Halimatul Sa’adiah
Makan dan minum
Mutawwif/lawatan di Madinah dan Makkah
Visa

Anda diberi:
Air zamzam 5 liter

Beg (1 beg besar troli; 1 hand luggage; 1 beg sandang) dan buku panduan umrah
Uncang selipar
Buku panduan umrah
Tiga kali mengerjakan umrah (yang pertama miqat di Bir Ali tidak jauh dari Madinah; kedua miqat di Hudaibiyah dan ketiga miqat di Jaaranah)
Tarikh penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan mengikut jadual syarikat penerbangan. Sebarang pindaan tertakluk pada
perubahan dengan notis.

Berikut pula adalah senarai dua hotel penginapan yang kami tetapkan kepada peserta yang menyertai ‘Jom Buru Iman Dalam Program Umrah Ismaweb.Net’. Pendaftaran terus dengan Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd.

MADINAH

Province Al Sham Hotel – 5 bintang terletak di pusat bandar Madinah.

Kedudukan hotel hanya dua minit berjalan kaki sehingga ke Pintu 17 Masjid Nabawi. Pintu Wanita 24 hanya kira-kira tiga minit dari hotel. Province Al Sham terletak di sebelah utara Masjid Nabawi.

Hotel ini menawarkan bilik moden dengan semuanya dilengkapi penghawa dingin, stesen televisyen satelit dan peti sejuk mini, selain kemudahan Wifi. Bilik bebas rokok turut disediakan.

Semua bilik menyediakan suasana santai dengan kertas dinding berwarna krem ​​dan cokelat, kedap bunyi, serta enam lif. Semua bilik dilengkapi sistem lintas langsung dari Makkah dan Madinah, ruang solat dan al-Quran.

Kemudahan di bilik antara lain ialah tab mandian, pengering rambut, jubah mandi, sandal serta peralatan mandian.

Selain itu, restoran di hotel ini juga menyajikan pelbagai masakan.

Lihat gambar di bawah:

MAKKAH

Anjum Hotel – 5 bintang dan 5 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram melalui terowong bawah tanah dari hotel.

Hotel ini menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia, penginapan moden dengan pemandangan Masjidil Haram. Wifi disediakan secara percuma di seluruh hotel.

Setiap unit bilik dilengkapi dengan sebuah TV skrin rata, penyaman udara dan peti sejuk mini. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandian, pengering rambut dan peralatan mandian percuma.

Tetamu boleh menikmati pilihan menu tempatan dan antarabangsa di restoran atau di dalam bilik. Perkhidmatan bilik disediakan 24 jam.

Anjum Hotel Makkah mempunyai kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam. Kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan di hotel ini termasuk meja tempahan pelancongan dan simpanan bagasi.

Lihat gambar di bawah:

Peringatan: Ismaweb bukan ejen agensi pelaksana umrah, sebaliknya kami melaksanakan program sebagaimana dilakukan agensi kerajaan dan pihak swasta lain.

The post Pakej umrah bersama ismaweb appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian