Palestin ‘meletup’ jika AS buka kedutaan ke Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran pemindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis, akan menjadi pencetus kepada penentangan besar-besaran terhadap kependudukan rejim pengganas Israel di Palestin.

Jurucakap Hamas, Abdul-Latif al-Qanou berkata, rakyat Palestin akan terus bangkit tanpa rasa takut untuk menentang rancangan pemindahan kedutaan AS itu.

Katanya, pemindahan kedutaan itu melanggar dan bertentangan dengan undang-undang serta konvensyen antarabangsa.

“Seluruh dunia tidak menghalalkan kependudukan rejim Zonis di bumi Palestin atau mengubah identiti Baitulmaqdis,” katanya.

Beliau berkata, rancangan AS memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis sehari sebelum ulang tahun Peristiwa Nakba, di mana rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah mereka, adalah tindakan agresif terhadap rakyat Palestin dan tanah suci.

“Ini adalah tindakan provokasi kepada dunia Arab dan Islam,” katanya.

Semalam, pegawai AS mengesahkan Washington akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 14 Mei ini sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-70 rejim pengganas Israel.

Dalam perkembangan lain, Hamas turut mengecam kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, yang menyifatkan pertubuhan itu sebagai kumpulan pengganas

“Hamas mengutuk hasutan berterusan Menteri Luar Arab Saudi yang menyifatkan pertubuhan itu sebagai kumpulan ekstremis dalam usaha mengelirukan pendapat orang ramai dan mengganggu perjuangan Hamas.

“Hamas percaya kenyataan itu tidak menggambarkan pandangan rakyat Arab Saudi dan sokongan yang terus diberikan kepada Palestin,” katanya. – Hamas

The post Palestin ‘meletup’ jika AS buka kedutaan ke Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian