Peguam desak Kuala Lumpur beri amaran kepada Manila

BANGI, 6 Jamadilakhir 1439H, Khamis – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyifatkan kenyataan Wakil Khas Filipina ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia, Rosario G Manalo, sebagai usaha campur tangan dalam kedaulatan Malaysia.

Sehubungan itu, PPMM mendesak Menteri Luar, Datuk Seri Anipah Aman mengambil tindakan tegas dan memanggil Duta Filipina ke Malaysia, memberi amaran keras supaya rakyat mereka menghormati kedaulatan Malaysia serta tidak campurtangan menghasut dan memahami sistem perundangan dan kenegaraan Malaysia.

Presiden PPMM, Datuk Haji Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kenyataan Manalo ini amat melampaui batas dan membawa maksud Raja-Raja Melayu hendaklah dihapuskan kerana Malaysia mengamalkan negara republik, selain mendakwa Malaysia mengakui sebagai sebuah republik.

“Saya merujuk kepada laporan sebuah portal yang bertajuk ‘Why choose fatwa over civil laws? UN committee asks Putrajaya.’ yang disiarkan pada 21 Febuari 2018. Rencana tersebut boleh diikuti di laman web The Malay Mail.

“Daripada laporan tersebut antara lain menyebut wakil Filipina, Rosario G Manalo kesal terhadap jawapan wakil Jabatan Peguam Negara Malaysia, Dr Arik Sanusi Yeop Johari dan menyatakan ‘Malaysia is supposed to be a republican state. Not a theocratic state, and it must be made very clear that laws of the state prevail over religious laws.’

“Seterusnya beliau dilaporkan berkata ‘If it’s a theocratic state, that’s the end of democratic state, but it claims to be a republic. Therefore the state law prevails. So give me a clear answer, otherwise I put you in doubt’,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jika kenyataan Manalo ini dibuat di Malaysia sudah pasti ia boleh terjumlah di dalam perbuatan yang boleh diklasifikasi sebagai menghasut.

“Sebagai sebuah negara anggota ASEAN yang mengamalkan prinsip tidak campurtangan hal dalam negara anggota lain, tindakan Manalo adalah sangat keterlaluan,” katanya.

Zainul Rijal menegaskan bahawa tidak ada di dalam mana-mana catatan sejarah, Malaysia bercita-cita menjadi sebuah negara republik dan tidak pernah mendakwa sebagai sebuah republik.

“Malaysia menjunjung jatidiri negara sebagai sebuah negara berteraskan Raja Berperlembagaan. Sistem Demokrasi berparlimen diamalkan di dalam negara tidak pernah dicabar oleh mana-mana rakyat Malaysia.

“Sekiranya Malah, kenyataan Manalo ini dengan jelas menzahirkan hasrat beliau mahu campurtangan di dalam kedaulatan negara Malaysia,” katanya

Beliau berkata, amalan demokrasi masih subur, walaupun Malaysia sebuah negara Islam.

“Malaysia bukanlah sebuah negara teokrasi sebagaimana difahami Barat tetapi sebuah negara Islam yang menjadi contoh kepada negara Islam yang lain.

“Demokrasi adalah kaedah pentadbiran negara manakala Islam adalah agama bagi Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga telah memberikan banyak keistimewaan untuk mengamalkan agama Islam di Malaysia. disamping tidak menganiaya orang lain berasaskan gender ras ataupun agama,” katanya.

The post Peguam desak Kuala Lumpur beri amaran kepada Manila appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian