Pelajar serang sekolah tinggi: Lebih 10 dilapor terbunuh

FLORIDA (AMERIKA SYARIKAT), 29 Jamadilawal 1439H, Khamis – Lebih 10 orang dipercayai terbunuh, selepas seorang bekas pelajar melepaskan tembakan rambang di sebuah sekolah tinggi di Parkland, 72 kilometer ke utara Miami, sebentar tadi, sebelum dia ditangkap.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengatakan terdapat 14 mangsa dalam kejadian itu, tetapi tidak menyatakan sama ada mereka cedera atau terbunuh.

Pihak polis berkata, penyerang itu dikenal pasti sebagai Nicolas Cruz, 19 tahun. Dia ditangkap kira-kira sejam kemudian ketika cuba melarikan diri ke kawasan kejiranan berhampiran.

Serangan berlaku di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, menyebabkan ratusan pelajar panik dan bertempiaran lari di jalan raya, sementara puluhan anggota polis dan perkhidmatan kecemasan mula mengepung kawasan itu.

“Terdapat banyak kematian. Kejadian ini mengerikan,” kata Superintendan Robert Runcie.

Empat belas mangsa yang cedera dihantar ke hospital, sementara gerakan mencari pelajar lain masih diteruskan.

Kejadian tembakan ini adalah yang ke 18 berlaku di seluruh Amerika Syarikat (AS) tahun ini. – Agensi

The post Pelajar serang sekolah tinggi: Lebih 10 dilapor terbunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian