ismakualaterengganu

Pemuda Isma tawan Gunung Tahan setinggi 2,187 meter

BANGI, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bersama Kelab Sukan iFitness Malaysia (iFitness) menawan Gunu...

BANGI, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bersama Kelab Sukan iFitness Malaysia (iFitness) menawan Gunung Tahan di Pahang setinggi 2,187 meter dari aras laut, hari ini.

Ketua ekspedisinya, Muhammad Al-Amin Mohd Asri berkata, meskipun trek yang perlu diterokai sangat mencabar, namun stamina tinggi semua peserta menjadi faktor utama penyumbang kepada kelancaran pendakian mereka.

“Pendakian Gunung Tahan ini membuatkan kita berjumpa dengan bermacam-macam jenis trek. Ada trek tanah, trek akar, trek lumpur dan trek batu sepanjang perjalanan. Daripada Kem Botak ke puncak Gunung Tahan kami banyak lalu trek batu.

“Dan kami juga merentasi lima sungai, badan pun separuh tenggelam. Itu antara pengalaman yang membuatkan kami teruja,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Ketika ditanya pengalaman manis sepanjang pendakian, beliau berkata, solat jemaah di puncak Gunung Tahan bersama peserta merupakan antara kenangan paling indah.

“Setiap Maghrib dan Subuh kami akan solat berjemaah dan membaca Ma’thurat dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah.

“Kami juga akan mendengar tazkirah setiap kali selesai solat. Amalan ibadah ini menjadikan ekspedisi kami lebih lengkap,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa dua tahun ini, pihaknya akan menjelajah baki enam gunung lagi iaitu antara tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia (G7).

“Hasil daripada ekspedisi ini, saya rasa gembira dan bangga kerana dapat menawan puncak tertinggi di Semenanjung dengan mengumpulkan pemuda daripada pelbagai latar belakang.

“Saya berharap penganjuran ekspedisi akan datang bakal disertai lebih ramai peserta seluruh negara. Saya turut berharap agar pemuda-pemuda Islam kita berjiwa lasak dan sukakan cabaran,” katanya

Ekspedisi menawan Gunung Tahan selama 4 hari 3 malam ini bermula 17 hingga 20 Februari.

Seramai 19 peserta menyertai ekspedisi ini. Paling muda berusia 17 tahun, Muhd Amir Aiman Mohd Amin dan yang tertua di kalangan peserta berumur 54 tahun iaitu Mohd Amin b Abdul Rashid.

The post Pemuda Isma tawan Gunung Tahan setinggi 2,187 meter appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 173437005163352964

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item