Penganggur ditahan selepas tujuh jam ragut wanita

SIBU, 3 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Polis menahan seorang penganggur berumur 25 tahun tujuh jam selepas dia meragut beg tangan seorang wanita di sebuah rumah di Jalan Oya, lewat petang semalam.

Lelaki itu ditahan pada 12.05 malam tadi di Jalan Tan Sri oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sibu dan kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa melakukan ragut tersebut.

Sebelum itu, identiti suspek telah dikenal pasti mangsa melalui gambar rekod yang disimpan di JSJ Sibu ketika membuat laporan mengenai kejadian di Balai Polis Sentral, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Dalam kejadian pada 5 petang tersebut, wanita berusia 28 tahun dan bekerja sendiri itu sedang membuka pintu rumahnya sebelum didatangi suspek dari belakang dan meragut beg tangannya.

Mangsa cuba mempertahankan beg tangannya, namun terjatuh dan mengalami luka pada lutut, buku lali kiri serta calar pada tapak tangan kiri.

Suspek yang bertindak bersendirian kemudian melarikan diri dengan motosikal jenis Honda Wave tanpa nombor pendaftaran sebelum membuang barang milik mangsa di tepi Jalan Taman Rejang.

Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,505.– Bernama

The post Penganggur ditahan selepas tujuh jam ragut wanita appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian