Pengarah terima surat layang ugut bunuh

IPOH, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Seorang pengarah jabatan kerajaan di sini menerima surat layang berbaur ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali yang mahu seorang pengetua sekolah di negeri ini ditukarkan.

Menurut sumber polis, mangsa yang berumur 60 tahun itu menerima sepucuk surat menerusi pos di pejabatnya kira-kira 9 pagi Khamis lalu.

Katanya, isi kandungan surat itu menyatakan rasa tidak puas hati penulis terhadap seorang pengetua sekolah di Taiping dan meminta mangsa menukarkan pengetua terbabit sebelum Tahun Baharu Cina.

“Sekiranya tidak mengambil tindakan, mangsa akan dihantar ke neraka,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.- Bernama

The post Pengarah terima surat layang ugut bunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian