ismakualaterengganu

Pengerusi Tabung Haji perunding projek terowong dasar laut PP?

BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menjadi antara dua individu yang dilaporkan men...

BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menjadi antara dua individu yang dilaporkan menerima RM3 juta dan RM19 juta sebagai bayaran khidmat rundingan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, yang disiasat SPRM.

Seorang lagi adalah ahli perniagaan, N Gnanaraja, lapor portal Malaysia Kini.

Laporan itu memetik sumber yang boleh dipercayai sebagai berkata, Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd mengeluarkan surat tuntutan kepada Abdul Azeez dan Gnanaraja masing-masing bernilai RM3 juta dan RM19 juta.

Sumber itu mendakwa, Zenith membayar wang berkenaan kepada dua pihak berkenaan bagi khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan berhubung projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer itu.

“Ini bagi memastikan kepentingan konsortium dalam terowong dasar laut Pulau Pinang dan kerja lain berkaitan terjamin dari segi undang-undang,” kata sumber itu kepada portal berkenaan.

Malaysia Kini melaporkan, Zenith menyaman dua pihak berkenaan kerana didakwa gagal menjalankan tugas memberikan khidmat rundingan seperti perjanjian dengan konsortium berkenaan pada Julai 2017.

Zenith mendapat projek berkenaan daripada kerajaan Pulau Pinang melalui proses tender terbuka pada 2013.

“Surat tuntutan itu telah dihantar kepada Abdul Azeez, yang juga merupakan Anggota Parlimen Baling selain kepada Gnanaraja, pada 24 Februari,” lapor portal berkenaan.

Sumber itu bagaimanapun enggan menyatakan tarikh akhir surat tuntutan berkenaan.

Zenith adalah salah satu syarikat yang disiasar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak awal tahun ini berhubung pembabitannya dengan projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang bernilai RM6.3 bilion yang akan menghubungkan pulau ke Butterworth.

SPRM setakat ini telah menyoal 70 individu dan menahan empat orang, termasuk dua pegawai eksekutif berpangkat ‘Datuk’ bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan Exco Lim Hock Seng juga disoal siasat SPRM awal bulan ini.

Portal berkenaan melaporkan mereka sedang berusaha menghubungi Abdul Azeez dan Gnanaraja berhubung perkara itu.

The post Pengerusi Tabung Haji perunding projek terowong dasar laut PP? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8841994876695755003

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item