ismakualaterengganu

Pengguna KLK, LPT bakal nikmati diskaun tol 10 peratus

BENTONG, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) bakal menikmat...

BENTONG, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus berkuat kuasa 16 Februari ini.

Pengarah Eksekutif Anih Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pemberian diskaun itu ditawarkan kepada semua kenderaan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, syarikat konsesi itu menjangkakan peningkatan 60 peratus daripada 150,000 kenderaan menggunakan lebuh raya berkenaan bermula 14 Februari hingga 17 Februari ini.

“Bagi memastikan perjalanan lancar, Anih Berhad berharap pengguna lebuh raya akan mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA), untuk mengurangkan jumlah kenderaan pada waktu sama, terutama di Gombak, Bentong dan Plaza Tol Karak,” katanya kepada pemberita semalam.

Mengikut jadual TTA, pengguna lebuh raya yang merancang perjalanan ke Pahang pada 15 Februari dinasihatkan memasuki Plaza Tol Gombak pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang atau 7 malam hingga 11 malam.

Sementara, bagi mereka yang menuju ke Kelantan dan Terengganu disarankan keluar lebih awal iaitu 6 pagi hingga 10 pagi atau 5 petang hingga 8 malam.

The post Pengguna KLK, LPT bakal nikmati diskaun tol 10 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2309594915094036431

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item